• TOTO MUSIUM
  • MUZIUMTOTO Muzium Maya TOTO Ltd. telah ditubuhkan pada tahun 1917.
    Sejak 100 tahun yang lepas, TOTO telah memainkan peranannya dalam pemodenan Jepun dengan mencapai hasrat pengasasnya untuk membawa gaya hidup budaya yang sihat kepada rakyat Jepun.
    Demi membangun seiring dengan masyarakat, TOTO percaya bahawa pentingnya prinsip pengasas ini dikekalkan dan sejarah syarikat ditafsirkan dengan tepat, yang mana kedua-duanya penting untuk menyampaikan nilai korporat kami kepada generasi akan datang. Oleh itu, Muzium ini dibina bagi mencapai matlamat tersebut.
    Bersama-sama dengan budaya dan sejarah peralatan paip, kami berharap muzium ini memberi peluang kepada para pengunjung untuk mempelajari falsafah di sebalik Pembuatan TOTO dan bagaimana produk telah dibangunkan.

    Tarikh penggambaran : 23 Ogos 2021

Masuk ke bilik pameran pertama

Lawati bilik pameran maya

Ketahui tentang asal usul dan sejarah penubuhan TOTO.
Produk TOTO yang diiktirafkan sebagai warisan Jepun dan pinggan mangkuk yang telah menyokong perniagaan TOTO selama setengah abad telah dipamerkan, serta keseluruhan proses dari pembangunan produk hingga pengeluaran dan pembungkusan.

Masuk ke bilik pameran ke-2

Lawati bilik pameran maya

Bilik ini mempamerkan pelbagai jenis barangan daripada budaya dan sejarah peralatan paip yang telah dicipta oleh TOTO,
menggambarkan hasrat dan pencapaian para pengasas.

Pameran ini menunjukkan bagaimana produk berevolusi dari semasa ke semasa termasuk produk terunggul yang mengubah sejarah seperti pili, kelengkapan dan WASHLET(*) serta produk bernilai yang dipasang di lokasi terkenal.
*"WASHLET" ialah tanda dagangan berdaftar TOTO.

Masuk ke bilik pameran ke-3

Lawati bilik pameran maya

Produk yang dijual di Amerika, China, Asia dan Oceania, Eropah dan kawasan lain dipamerkan mengikut kawasan secara geografi.
Memperkenalkan visi bermatlamat "menjadi TOTO bagi setiap negara"
melalui pembangunan perniagaan yang telah berakar umbi di setiap wilayah.

TOTOミュージアム © TOTO LTD.